malam tadi aku tiba2 tertarik nak tengok cerita 'The Number 23' ni ( aku rasa itu la tajuk dia..) kat channel HBO kot.. lupa channel apa.. tak penting.. haha~ watak utama cerita ni bernama Walter Sparrow. Beliau ni seorang animal control officer (tak tau apa orang panggil ni dalam malay) dan mempunyai seorang isteri bernama Agatha yang merupakan owner sebuah cake shop dan seorang anak bernama Robin. Cerita ni bermula bila si Walter tu dipaksa menangkap seekor anjing penjaga kubur pada birthday beliau(bday walter ya..bukan bday anjing itu). Lepas tu, malam tu pulak beliau terlewat berjumpa dengan isterinya, gara-gara anjing tu la.. Dan..sementara isteri (kita panggil dia Aggie ok?)beliau menunggu dengan penuh kesabaran dan ketabahan, Aggie ni ternampak sebuah buku berwarna merah. mungkin sebab buku tu nampak attractive kot, dia masuk la kat kedai tu lalu membaca buku tu. Then, suami dia pun datang dan aggie ni pun syorkan buku tu kat suami beliau.. Buku tu di tulis oleh Topsy Kretts dan mengisahkan pasal obsesi penulis dengan nombor 23. mana-mana si penulis pergi atau berada, mesti beliau itu nampak semua yang berkaitan dengan nombor 23 sehinggakan satu hari, dia menjadi seorang pembunuh. lepas(atau semasa) membaca buku tu, Walter ni pun dapat merasakan persamaan beliau dengan penulis tersebut seperti sifatnya masa kecil, jiran nya masa kecil dan buku yang sering dibaca oleh penulis tersebut.. oh ya, lupa nak bagitau, penulis guna nama samaran, Fingerling, watak dalam buku kanak2 yang dibaca nya dulu. dan...walter juga menjadi obses terhadap nombor 23 TAPI... buku tu, xda kesudahan..so..,walter yang obses itu pun jadi 'obses' nak cari penulis buku tersebut.. *bla..bla..bla..* (malas nak type.. =p )
dan... kesudahannya... tengok la sendiri cerita tu.. BEST!! bagi aku la best..tak tau la bagi korang.. hmm... aku sangat kagum dan suspek la ngan writer cerita ni. hebat la beliau. hanya dengan number 23 pun beliau boleh buat satu cerita misteri yang sangat BEST... hehehe~ jadi, apa kata korang tengok cerita ni. tengok kalau korang pun boleh jadi obses dengan number 23.. (aku tidak...) hehe~
oh ya! pelakon2 cerita ni antaranya ialah Jim Carrey, Virginia Madsen dan Logan Lerman.. tengok, jangan tak tengok..
Obses..atau tak....???
Friday, November 28, 2008
the number 23
Posted by beLLe is thE naMe at 3:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Comment:
I'm so jealous.
I know that movie.
i do also really wanted to watch it,
cos after i watched the traile kat cinema dulu,
mmg ase nk tgk sgt..
fyi, i was like, very obses with number 23 when i was 15! that's y.
Post a Comment