4.47 pm
di kala ini beta berada di library bersama-sama dengan seekor Dugong dan sebiji Tulang..(sebiji ke..?) haha~ Setelah hampir setengah jam beta membaca nota untuk subjek Second Lanuguage Learning and Teaching ( ini kerana beta mengambil diploma in TESL ya..), yang dimana papernya adalah pada selasa ini, otak beta pun sudah beku walaupun baru membaca sebanyak 4 mukasurat sahaja. Tambahan pula, library sekarang ini sudah pun di upgradekan iaitu mereka memasang aircond ya disini. dulu aircond rosak..sebab itu malas mahu pergi ke library kerana panas dan tidak selesa.. tapi apabila sudah kesejukkan sebegini, otak beta pun turut membeku dengan pantas..macam mana ni..???
4.56 pm
Dugong dan Tulang berangkat ke tandas..ya.. mereka mengajak beta tapi beta tidak mahu kerana beta tengah syok menulis ini blog.. jadi.., sekarang beta tinggal keseorangan dan terpaksa menjaga harta pusaka mereka berdua. Tiba2 beta terasa nak terkucil pulak.. ahh..! menyesal tidak mengikuti mereka berdua. xpa la.. Tahan..tahan.. beta tengok sekeliling.. oh! ramai student bercakap2. ya, keadaan sedikit bising walaupun di library. mungkin mereka pun macam beta juga. otak sudah membeku dan tidak dapat menerima input lagi.. beta toleh ke kanan, ada dua orang wanita yang sedari tadi asyik2 memandang ke arah beta, Dugong dan Tulang. sekarang pun mereka sedang memandang ke sini. kenapa? beta pun tak tahu.. mungkin kami ini faymes...ya.., mungkin..(perasan!). beta toleh ke belakang, sekumpulan student sedang gelak2..apa yang digelakkan, beta pun tak tahu.. oh...beta terpandang kan kelibat Dugong dan Tulang. 5,4,3,2,1...
5.04 pm
Dugong dan Tulang selamat tiba di meja.. beta memandang mereka dan Dugong pun betanya jikalau beta membawa purse beta atau tidak.. rupa2nya beliau ingin beta menyimpan sim kadnya..Dugong pun ada sim kaddd..??! maju sungguh 'haiwan' ini.. kemudian si Tulang pun menyampuk. Beliau pula ingin meminjam beta punya mp3. "Pinjam la.." beta menyahut.. sekarang, Dugong dan Tulang sama2 'berkongsi kasih' (sharing is caring ) mendengar mp3 beta sambil meneruskan kerja mereka yang tertangguh. Beta memandang ke arah mereka lagi untuk mendapat ilham... *memandang..memandang..dan memandang..*
5.10 pm
Beta masih lagi memandang ke arah mereka berdua..Dugong sedang mengorek hidung dikala ini..sungguh tidak sopan beliau. si Tulang pula sedang meggoyang-goyangkan kepalanya seakan2 mengikuti irama lagu yang sedang di dengarinya itu. Tulang sedang membuat lawak yang tidak lawak sekali.. sukati anda la Tulang. Sekarang keadaan agak sedikit sunyi..Beta memandang ke sekeliling lagi.. patutla....ramai student dah balik.. kelaparan mungkin mereka ataupun otak sudah mahu pecah..
5.17 pm
Dugong dan Tulang sekali lagi meninggalkan beta keseorangan di meja ini dan sekali lagi beta terpaksa menjadi penjaga harta pusaka mereka kerana mereka sedang mencari tempat yang ada plug untuk mencajing laptop mereka bagi menghabiskan assignment mereka. beta punya assignment dah habis..(chewah..bangga2..) beta buat dengan Baby ( sebenarnya dia lebih tua dari beta tapi kami saja2 nak memanggilnya Baby ) seminggu yang lepas kerana kami tidak mahu rushing pada minggu ini memandangkan kelas pack dan next week adalah final dan kami mahu study.
5.23 pm
aircond di library sudah di padamkan..ahhh~ bestnya..beta sudah mula merasa sedikit panas..
5.24 pm
beta sudah tidak mempunyai idea lagi.. dan sekarang tengah mengalami kesakitan di perut.. beta harus mencari lokasi Dugong dan Tulang sekarang.. ok?
5.26 pm
bye-bye...
Saturday, November 15, 2008
otakku beku
Posted by beLLe is thE naMe at 4:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment