Sunday, November 16, 2008

otai burger

Dugong dan beta

Ini muka kelaparan kami berdua setelah lama terperuk di dalam library.. lokasi pada ketika itu adalah di depan hostel kami iaitu D3. Jam pada waktu itu adalah pada pukul 6.55 pm (ya..hari masih terang lagi di semenanjung..klu d sarawak dan sabah pada waktu ini kegelapan sudah melanda..). Oleh kerana kelaparan yang teramat sangat ( walaupun rumah kami hanya beberapa langkah sahaja lagi ), kami pun lepak sebentar dibawah hostel kami sambil makan burger yg dibeli d otai burger stall berhampiran. beta membeli chicken burger special manakala si Dugong membeli beef burger special. rm3 satu.. murah,besar dan SANGAT sedap... tidak rugi kami membelinya.. lebih2 lagi bila dimakan bersama air sirap yang di campur sedikit air nenas.. Wah!! sungguh sedap sekali.. sebenarnya beta memang teringin sangat untuk memakan burger dari stall itu. tapi baru hari ini dapat memakannya..ini kerana beta memaksa Dugong dan Tulang bersama2 beta untuk membeli burger itu.akhirnya hanya Dugong sahaja yang membeli burger itu dengan beta kerana Tulang mahu memakan roti nan..hmm.. oh ya..,Tulang tiada di dalam gambar kerana Tulang ialah seorang lelaki...

** sorry ya, jika penggunaan bahasa melayu beta tunggang langgang atau skema atau tidak kena kerana skill penulisan bahasa melayu beta sudah berkarat.. seperti mana yang anda ketahui, beta mengambil jurusan TESL ( Teaching English as a Second Language )..**

0 Comments: