Saturday, March 28, 2009

tiga malam

minggu lepas kelab OAT buat wayang pacak kat padang IPIS.. tiga malam berturut-turut iaitu isnin hingga rabu. cerita hantu. memang ramai orang datang especially hari kedua (kot...) tak pasti, coz aku tak pegi pun.. bukan kerana takut (ya, aku memang suka tgk cerita hantu), tapi kerana aku banyak kerja kena buat. lagipun kelas aku sem ni kebanyakkannya pada waktu pagi dan aku ni memang suka sangat bangun 'awal'.. teehee~~

neways.., back to the topic, aku punya roomate dengan semangat yang penuh dengan keberanian (anak pastor la katakan..hehe) pergi la menerima 'cabaran' hebat ni untuk menonton cerita tersebut. oh ya.., lupa nak bagitahu, cerita malam tu ialah cerita ‘Histeria’ dr James Lee ( aku memang dh lama kagum dengan encik JL ni ). Orang kata ni adalah filem hantu melayu pertama yang paling seram. Aku tak tau sebab aku tak tengok lagi tapi aku percaya cakap dorang tu. Kenapa?? Sebab.., dah 3 malam berturut2 roomate aku ni ( nama dirahsiakan bagi menjaga maruah beliau =p ) berada dalam keadaan ketakutan.

Malam pertama selepas wayang tersebut. Jam kira-kira pukul 5 pagi:


Beliau tak dapat tidur dan mengambil keputusan untuk menghadap laptop (which dia tak pernah buat sepanjang aku sebilik dengan dia). Aku pula tidur mati. Hanya tersedar keadaan tersebut apabila terjaga untuk ke tandas. Aku hanya melihat keadaan ‘ganjil’ itu dan kembali ke alam mimpi yang indah (ternyata aku sangat kepenatan).


Malam kedua selepas wayang tersebut. Jam kira-kira dalam pukul 2 pagi:


Aku terjaga sebab mahu mencabut ‘telinga lebihan’ yang aku sumbat untuk mendodoikan aku. Bila dah nyenyak lagu yang mendayu pun boleh menjadi bingit. Betul tak?? Betul..(sendiri tanya sendiri jawab). Tiba2 aku terperasan cahaya terang dalam bilik. Rupa2nya nyalaan daripada lampu luar. Aku membuat kesimpulan sendiri bahawa roommate aku masih lagi teringat2 cerita tersebut. Dimaafkan kerana aku sangat mengantuk masa tu lalu kembali tidur. ***Fyi, aku sangat pantang kalau aku tidur lampu terbuka. Kalau lampu kaler oren masih boleh lagi. Ini lampu yang terang, aku memang pantang sebab ia akan membuatkan aku tak boleh tidur.


Malam ketiga selepas wayang tersebut. Jam kira-kira pukul 6 pagi.


Aku terjaga kerana mahu menukar posisi tidur ku. Aku terpandang ke arah tingkap.. aku rasa macam nak tergelak. Roommate aku telah menggantung kain dekat tingkap. Bila dia gantung pun aku tak sedar. Aku tunjukkan gambar sekali. Korang nilai sendiri. Gelak atau simpati. Terpulang… hehehehehe~~~~




gambar ini diambil sejurus selepas aku bangun. beliau itu masih lagi ketiduran. ya, bilik kami memang ada kipas lebihan. sebab itu bilik kami sejuk.. brrrr... *buat reaksi kesejukan*




**moral of the story, jikalau anda rasa anda tidak mempunyai keberanian untuk menonton cerita seram, tolonglah jangan tonton.**



#aku tak tau apa lagi dia nak buat malam ni.. harap tak ada lagi perkara pelik yang dia akan lakukan kerana aku juga memerlukan tidurku. aku tak suka lampu... *sigh*#

**it's earth our tonite.. hepy earth houring.. (eh??? apaka??)** hehe

4 Comments:

Nabilah Anafi said...

tak pergi wayang pacak tu pun tak pe.
hujan kot malam2.
hehee.
selamat habiskan kerja chiwak!

beLLe is thE naMe said...

hehe...
tu la..
yes...
selamat..selamat.. hehehehe~~~

DiLLaRY said...

hahahahahhahaha!!!!! aduh la...sengal la!!! miahahahaha..ahahahahaha....sakit prot sy bce...rumet kamu sme ngan rumet sy...tdo pgg pnyapu!!

beLLe is thE naMe said...

hahaha~~~ tu la pasal.. =p