Monday, December 1, 2008

aku dan hobi (okay..,lame title)

semalam aku kena leter lagi dengan puan C(isteri encik B).. T_T sebabnya..? sebab aku, kitorang lambat nak pegi church(ala..tak ramai orang pun lagi yang sampai..kecoh je..).. nak tau reason aku pulak? sebab aku mengambil masa yang lama untuk pilih baju yang sesuai.. ya la.. nama pun perempuan kan, kena la pakai baju yang sesuai dengan tempat yang dituju. hmm..

ok, forget about that..

after church, cam biasa la, kitorang mesti pegi makan mee kat tempat favourite B couple. Tapi aku tak tau la apa nama kedai tu (ya, aku akui aku ni jenis yang malas nak ambik tau kalau hal itu x penting). yang penting perut yang kosong harus di isi.. =p

anyways..

masa tengah tunggu order sampai.., datang seorang ibu dan dua orang anaknya(call them the 3 bears) ke kedai tersebut. kemudian ibu tersebut nak mengambil kerusi dari meja kitorang dan...beliau bertanya dalam bahasa cina(as expected..). aku dan B couple pun menganggukkan kepala je. konon-konon tau la apa yang dia tanya tu. perggghh... pandai la B couple berlakon. HEBAT!! ya, aku lupa nak inform satu benda. aku ada hobi, hobi aku suka perhatikan orang. seronok.. aku suka duduk-duduk sambil observe orang or apa-apa yang ada depan mata aku. BUT..... aku tak suka orang perhatikan aku. aku pun tak tau kenapa.. okay, berbalik kepada topik. the 3 bears ni pun duduk kat meja yang bertentangan dengan aku. since aku suka observe orang, aku pandang la kat 3 beras ni.. punya la si ibu ni marah anaknya yang bongsu tu. sebab apa aku tak tau la coz dorang cakap cina kan.. lepas tu aku pandang la si kakak ni tadi. oh! dia pegang hanfon jenis flip(si kakak bear dalam lingkungan usia 6 or 7 tahun macam tu). 'hebat budak ini..kecik2 dah pandai guna hanfon..' kataku dalam hati. aku pun pandang lagi si kakak bear ni. lepas tu aku tengok dia dail number kat henfon tu lalu dia letak kat telinga dia seolah-olah sedang buat satu panggilan telefon kepada seseorang. muka beliau pun kelihatan serius sekali. aku pun rasa kagum sekali lagi. memang hebat la budak ni! agaknya orang yang dia call tu tak angkat tepon kot, dia pun dengan muka kecewa, meletakkan telefon dan cuba untuk mendail lagi. dan tatkala itu, aku terpandangkan skrin henfon beliau itu.. hitam sahaja.. it's a blank screen..!! rupanya si kakak bear tadi hanya berpura2 membuat panggilan telefon(atau maybe dia tengah berimiginasi yang dia tengah membuat call) dan henfon tadi itu kemungkinan henfon lama ibunya yang sudah rosak. si kakak sekali lagi dengan muka yang serius meletakkan henfon di telinganya sambil menunggu 'orang' yang di call nya itu mengangkat callnya.. aku memang nak tergelak masa tu tapi aku hanya mampu tersenyum. ya la..nanti kalau aku ketawa kuat2 takut ibunya malu pulak dengan perangai anaknya yang berlagak macam orang dewasa tu. tak pun orang akan ingat aku gila.. jadi aku hanya senyum saja. tu pun taukenio(errkk..? betul ke ejaan dia ni..? hentamla) tu perasan aku senyum dan dia pun tanya aku kenapa.. eleh taukenio ni.. dah tau tanya pulak. padahal aku tau dia pun nampak apa yang aku nampak sebentar tadi. taukenio tu pun macam aku gak, senyum sumbing je tengok gelagat si kakak bear tu.. HAHAHAHAHAHAHAH~ *makanan pun sampai..*

itu perkara pertama yang aku alami semalam. perkara kedua...

lepas makan, aku dan B couple pun pergila ke parkcity mall untuk membeli dan membelah.. dan aku di tugaskan untuk membawa troli.. sedang aku syok dan riang bawak troli tu sambil memantau dan meninjau dan membanding beza barang-barang yang nak di beli, tiba-tiba ada seseorang lalu depan aku. hampir je aku langgar beliau tu. aku pun pandang la orang itu. wahhh!!! lelaki ke perempuan..??!! muka dan badannya memang 100% macam lelaki kecuali di bahagian dadanya ada b**bs dan beliau memakai kasut tumit tinggi. aku pun jadi keliru. lelaki ke perempuan ni..?? lalu aku pun buat inferens sendiri bahawa beliau itu lelaki. dan beliau telah membuat br**st implant atau menyuntik something dekat... (well..u noe where..). masa aku tengah runsing memikirkan kemungkinan dan ketidakmungkinan beliau itu, aku pun ronda-ronda lagi di sekitar mart tu dan terserempak lagi dengan beliau. aku d hujung satu sudut, beliau d hujung sudut bertentangan dan kitorang memandang antara satu sama lain (ala2 macam cerita koboi tu..) ...lama... pandang dan pandang dan pandang.. dan aku pun blah dengan muka 'sombong'.. (aku xtahan tengok muka beliau itu sebenarnya..huhu) lepas buat pusingan terakhir dan memastikan bahawa tiada lagi barang2 yang nak dibeli, aku dan B couple pun pegila membuat bayaran. lepas bayar tu, kitorang pun berambus dari mart tu dan...sekali lagi aku terserempak dengan beliau itu tadi. aku nampak dia cakap dengan cashier kat situ dan kebetulan jalan nak keluar dari mart tu hanya jalan sehala(chey..cam jalanraya pulak), so, kena lalu tempat cashier tu. dan aku pun mengambil peluang berjalan dekat dengan dengan beliau.., ya la.. nak jugak dengar suara beliau yang garau itu.. as i walked closer, aku pun terdengar la suara beliau.. what the fish..??!! suara perempuan!!!! beliau memang perempuan!! bukan lelaki atau lelaki-yang-bertukar-jantina (pondan sounds harsh..hehe~)!! waduh... tak pasal-pasal kena tuduh lelaki -yang-bertukar-jantina oleh aku.. hahahahaha~ well, people make mistakes right..?? itu la padahnya kalau suka buat assumption sendiri.

**********

hari tu aku ikut B couple pergi J&J Pet Lover (pet shop). aku nampak seekor toy poodle.. sangat comel... rasa cam nak beli je.. tapi tu la, haiwan kecik dan comel tu pun dah berharga rm1986.. hmmm.. mahal.. nanti aku dah kerja aku nak beli la toy poodle ni. and... aku nampak ada tiga ekor persian cat kaler oren putih.. pun comel2 gak.. geram nya... aku rasa macam nak culik je sekor kucing tu sekali dengan toy poodle tu.. haha~ tak apa la.., suatu hari nanti aku akan pastikan yang aku akan memiliki beliau berdua itu.. kerana mereka sangat chumil..! **okay, sekali lagi aku mula merepek dan merapu..harap maaf** ha..! bercakap pasal haiwan, kucing aku baru lepas beranak. dan anaknya sangat comel... aku rasa macam nak picit je. tapi tak boleh..nanti mati pulak. haha.. yang hairannya, anak kucing tu sekor je.. yang lain2 tak tau mana pegi. mungkin dah mati takpun kucing aku tu buang anak2nya kat tempat lain.. tak pun..,dia tu pilih anak dia yang cantik je untuk di jaga. memang..! anak kucing tu cantik. kaler dia cantik. kaler...greyish black.. telinga dia macam kain baldu. hitam sangat2. tapi..,anak kucing tu belum ada nama. aku nak panggil anak kucing tu Baldu la tak pun Blakear..(okay..,that sounds so typical) hmmm.. any idea...???

** masa aku nak tengok anak kucing tu, encik B telah menggertak aku. dia kata nanti anak kucing tu gigit tangan aku kalau aku hulurkan tangan. aku pun jadi takut. dan aku pun bengong jugak..kenapa la aku perlu percaya cakap encik B tu..?? anak kucing mana pandai gigit orang. bengong tak bengong? dan.. aku pun dengar ketawa yang amat jahat sekali.. heh..! hampeh betul encik B. beliau telah mempermainkan aku.. aku rasa dari beliau la aku dapat perangai 'gila' aku ni.. **


(-_-'')

3 Comments:

i Pakcik Zharul said...

Laen kali, klu nk tulis blog, jgn pjg2, org pon pnat nk bc taw.

buat la part 1, part 2 ke..
adess~

bt they way, sonok cete 3 bears tu..
dan kamu ade misspelled, jadi 3 beras plak..
lol~

beLLe is thE naMe said...

ala... ko ni.. bila aku letak gambar je, ko bising, bila aku tulis panjang2 pun ko bising gak.. eee... berhenti jadi orang la ko ni asz.. oh lupa.. ko kan tulang, bukan orang.. ahahahahaha

xpe la..3 beras pun 3 beras la.. malas nak edit balik.. hahaha =p

Anonymous said...

mana post baru wai...
saya mau baca ...
hehehehe